BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 26 December 2017

D.E.N.D.A.M

Dendam.
Dendam ni terbit disebabkan apa?
Adakah dari amarah yang terpendam
Atau dari bisikan halus sang syaitan
Kalau dulu aku paling tidak suka berdendam
Tapi aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Memang orang bilang
Maafkan
Baru kau rasa ketenangan
Tapi pada hakikatnya
Aku hanya boleh maafkan dari zahir sahaja
Batin aku menolak sekerasnya ungkapan maaf tu

Ya aku tau
Dendam ni bukan satu perkara yang baik
Malah merosakkan hati kita
Mungkin aku belum bersedia untuk memaafkan dengan sepenuhnya
Manusia bisa sahaja menipu
Konon memaafkan
Tapi disebalik kata "maaf" tu
Kau takkan temui keikhlasan mahupun kedamaian
Jika sekiranya kau menipu
Menipu diri sendiri
Menipu orang lain

Wednesday 8 October 2014

Pilihan : Budak Tomato



Aku ingat lagi.

Lepas habis O levels. (International examinations from Cambridge).


Aku duduk dengan umi. Bincang tentang masa depan. Memandangkan aku habis sekolah lebih awal berbanding rakan-rakan sebaya aku. Sebab aku habis sekolah awal tak perlulah rasanya aku jelaskan di sini.

Masa tu hati ni terlalu cenderung ke arah aviation. Sastera pun iya juga. Tapi aku memang ambil sastera inggeris sebagai subject kedua aku.


Aku dah search universiti dari pelbagai negara. Walaupun aku tahu, sesusah mana pun aku cuba, aku memang takkan dapat biasiswa dari kerajaan negara Malaysia.

Memandangkan aku bukannya tinggal di Malaysia. Malah ambil SPM pun aku tak pernah.

Setiap pembelajaran aku ditanggung sepenuhnya oleh umi abah. Aku tahu mahal, duit poket, duit rumah, duit belajar, duit minyak, duit pakaian. Semuanya abah aku tanggung.

Itu belum campur kalau laptop rosak, phone rosak, kasut koyak.

Tugas aku cuma belajar.


Dulu aku pernah kata dengan umi, nak ambil aviation. Tapi atas sebab-sebab tertentu, umi abah tak setuju dengan pilihan aku. Minta untuk jadi pilot, mereka macam berat hati nak benarkan. Aku ada third choice, nak ambil architecture. Again aku suarakan pendapat, kali ni sekali lagi mereka tak setuju. Aku senyum. 

Kadang kita nak tengok pokok tumbuh mekar, tapi Allah turunkan hujan. Rupanya hujan itu beri kita lebih dari pokok yang mekar, tapi udara yang segar. Haiwan gembira bertenaga. Kita rasa lapang dan tenang.

Kalau nak kata tak mampu nak biaya, rasanya kos yang aku ambil sekarang boleh tahan mahalnya.


Dulu aku pernah pertikaikan, buat apa dapat result gempak kalau aku tak boleh nak buat decision sendiri. Aku dah dewasa kot!

Sekarang bila aku fikir balik, dewasa apa? Umur tak sampai tujuh belas. Tujuh belas pun rasanya belum cukup dewasa untuk dipanggil dewasa. Masih remaja.

Tapi itu dulu. Waktu tu aku tak faham walaupun umi selalu cakap dengan aku,

"Takdir kita ni, Allah dah tentukan lama dah. Walaupun mungkin planning kita hidup dekat dunia ni seratus lapan puluh darjah bezanya dari apa yang Allah susun, percayalah, Allah lebih kenal hamba-hambaNya."

Aku tak jawab apa-apa.

"Naluri umi rasa angah sesuai di bidang ni. Bidang ni insyaallah bidang yang mampu mentarbiyah angah jadi orang yang dekat dengan Allah."


Masih diam. Aku tak percaya semua tu. Well, semua orang pernah lalui masa remaja. Masa remaja lah masa kita rasa dunia ni kita punya. Mak bapak tahu apa?

Sedangkan mereka juga pernah remaja. Mereka juga ada naluri remaja. Mereka juga pernah ada masa, rasa nak enjoy life juga. Fitrah jiwa remaja.


Tapi aku bersyukur. Senakal-nakal aku pun, umi abah tak pernah ajar aku ponteng sekolah. Setiap hari kena hafaz dan ulang hafazan Al Quran.

Tarbiyah mereka, tarbiyah yang mendidik jiwa.

Dulu juga aku pernah rasa, hidup ni menyakitkan. Kenapa cuma aku?


Tapi bila fikirkan. Ada jawapan kepada soalan 'kenapa cuma aku' tersebut.

'Sebab aku luar biasa.'


Dari segi apa aku luar biasa? Percayalah, dari segi tiga.

Okey gurau. Nanti dicop illuminati sebab cakap segi tiga. Aku manusia biasa juga. Semua manusia sama. Cuma takwa yang membezakan kita.


Umi pernah pesan, "Doalah supaya diberikan kawan yang soleh, tempat belajar yang boleh didik diri jadi soleh, doa jadi anak yang soleh, jadi sahabat yang soleh, jadi murid yang soleh, jadi doktor yang soleh. Paling penting, jadi hamba Allah yang soleh. Dunia ni tempat persinggahan je."



Betul. Lima tahun lepas, aku wonder kenapa aku yang 'dipilih'.

Harini. Aku pusing belakang semula, dan jawab soalan aku yang dulu.

'Sebab pilihan Allah tak pernah salah.'


Kurang sebulan nak habis belajar insyaallah. Minggu depan dan seterusnya, insyaallah ada exam secara mega, giga dan tera.


Maka sepanjang perjalanan ni, ada dua perkara yang tak pernah mati—

Harapan pada Allah.

Dan doa dari umi abah.


Semoga berjaya jadi doktor yang berjaya, yang merawat ke'tenat'an ummah.


Terima kasih umi abah.